Keadaan Semasa Paksa Kejohanan Silat Dunia Ditunda

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Menurut keputusan daripada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah mencapai kata putus bahawa Kejuaraan Silat Dunia dijadual bakal diadakan pada tahun depan.

Hal ini bertitik tolak daripada keputusan yang telah dicapai pada Jumaat lalu itu menerusi perbincangan setelah meneliti beberapa faktor sebelum ianya ditentukan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira faktor COVID-19 yang melanda di seluruh dunia sehingga menyebabkan para atlet tidak dapat membuat persediaan rapi dan juga tidak mneyertai mana-mana kejohanan.

Oleh yang demikian, badan berkenaan telah bersepakat untuk menerima tarikh baharu cadangan Persekutuan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) iaitu dari 21 hingga 30 Julai 2022, sedikit berbeza berbanding tarikh asal yang dikeluarkan.

Daripada penjelasan oleh Presiden PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, beliau telah memaklumkan bahawa tarikh berkenaan dipilih bagi membolehkan lebih banyak negara terutama negara dari benua Eropah menyertai kejohanan tersebut.

Ini memandangkan tarikh yang ditetapkan tersebut merupakan waktu cuti musim panas sekaligus bakal membuka peluang penyertaan yang lebih banyak memandangkan pada ketika itu cuti musim panas.

‘Selepas bermesyuarat selama tiga jam, maka kita dapat keputusan sebulat suara untuk menunda Kejuaraan Silat Dunia daripada 21 hingga 30 Julai 2022.’

“Jadi ini kita persetujui dan syukur negara dan lembaga eksekutif sudah bersetuju. Dan hari ini (semalam), secara rasmi PERSILAT sudah menghantar makluman kepada negara-negara di bawah naungan mengenai penundaan ini.”-Jelasnya kepada Berita Harian.

Kejuaraan Silat Dunia itu juga sepatutnya dijadualkan berlangsung pada tahun 2020 di Sarawak. Namun begitu, ia terpaksa ditunda untuk diadakan pada tahun ini susulan penularan COVID-19 yang membarah di negara kita.

Selain itu, sebagai persediaan awal, Megat turut memaklumkan bahawa Malaysia akan menyertai kejohanan yang membabitkan enam negara Asia Tenggara di Jakarta, pada 8 November ini.

Kejohanan yang bakal disertai enam negara serantau ini melibatkan Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Brunei ini yang bakal menyaksikan kaedah gelembung sukan diguna pakai dan menggunakan peraturan pertandingan baharu yang lebih bersifat terbuka.

“Tak sampai dua bulan lagi kita akan mengadakan pertandingan mengikut peraturan baharu yang rasmi. Enam negara ini bakal menggunakan kaedah gelembung sukan di Jakarta.

“Ini kerana Indonesia sudah membuka pintu sempadan dan sekatannya tidak seperti kita, maksudnya tidak sama seperti kita… kena kuarantin 14 hari dan sebagainya. Indonesia mungkin hanya tiga hari (kuarantin) sebaik ketibaan dan selepas ujian PCR (Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction) dibuat, mereka boleh menyertai dan melakukan aktiviti di Jakarta.

“Ini yang diputuskan, pertamanya kenapa gelembung sukan? Kerana kita buat persediaan sekiranya Sukan SEA akan berlangsung dan penting sekali ialah persediaan untuk mengambil bahagian di Kejuaraan Seni Mempertahankan Diri Dalam Dewan Asia di Bangkok pada Mac ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *