Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Semasa pasukan The Red Warriors gigih menjalani latihan Liga Super namun keadaan padang yang menjadi tumpuan para penyokong.
Pasukan di bawah kendalian Choi Moon-sik sekarang sedang bertungkus-lumus mempersiapkan pasukan dengan membawa masuk beberapa pemain baharu termasuklah pemain import yang berkaliber ke Kota Bharu.
Namun begitu, perkara yang menjadi perhatian para peminat pasukan tersebut adalah keadaan padang tidak menyenangkan yang dikatakan tidak terurus dan rumput terlalu panjang.
Situasi tersebut jelas membuka mata netizen dengan memberi beberapa komentar mengenai keadaan padang yang dimainkan semasa latihan liga super pasukan Kelantan FC.
“Tempat latihan sahaja kelihatan profesional, asalkan ada padang untuk bermain”
“Kenapa rumput sampai lutut tu” komen syahmin yang menzahirkan kerisauan.
Sungguhpun begitu, para penyokong yang setia dengan pasukan Kelantan tetap menyuntik kata-kata semangat buat pasukan kesayangan mereka supaya meneruskan perjuangan sebaik mungkin untuk menghadapi liga super yang tidak lama lagi.
“Kembalikan zaman kegemilangan Kelantan.”
“Jalan terus,” ujar Anwar di ruangan komen pasukan Kelantan.
Norizam Tukiman, pemilik pasukan kelantan FC juga ada memberi gambaran bahawa kelantan bakal memiliki pusat latihan baru yang berkualiti buat pasukannya. Perkhabaran ini cukup untuk menenangkan para peminat yang gusar memikirkan pasukan kesayangannya.
Saingan Liga Super 2023 dijangka akan bermula pada 24 Februari ini dan pertemuan hangat JDT dan Terengganu bakal jadi tumpuan.