Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Kepulangan semula pasukan kebangsaan yang tiba di KLIA hari ini mencuri tumpuan apabila keadaan pertahanan tengah Malaysia, Khuzaimi Piee meresahkan ramai pihak.
Beliau merupakan antara tonggak utama buat skuad kebangsaan sejak membuat penampilan di bawah kendalian Kim Pan-gon.
Pemain berusia 29 tahun itu sering menjadi piljhan pengendali kelahiran Korea Selatan itu untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan.
Walau bagaimanapun, beliau diduga ketika menentang Myanmar semalam apabila kelibatnya dilihat terpaksa diusung keluar pada babak kedua permainan.
Hal ini dikeruhkan apabila beliau dilihat terpaksa menggunakan tongkat ketika tiba di KLIA hari ini sekaligus menggambarkan masa depannya untuk membawa cabaran negara.
“Khuzaimi Piee berkemungkinan terlepas aksi Piala AFF 2022 berdasarkan keadaannya tadi.”
“Dia terpaksa guna Shoulder Crutches. Skuad Harimau Malaya akan mengemas kini selepas teliti laporan pegawai perubatan,” ujar wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.
Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 hasil jaringan Faisal Halim pada babak kedua semalam.