Karier Benjamin Mora Di Mexico Bakal Berakhir?

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Karier bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora bersama kelab Mexico, Atlas ibarat telur di hujung tanduk. Ini selepas timbul khabar angin Atlas bakal memecatnya berikutan keputusan kurang memuaskan kelab sejak kebelakangan ini.

Kedudukan Mora mula terancam selepas La Furia tewas 4-1 kepada kelab Honduras, Olimpia dalam perlawanan Liga Juara-Juara CONCACAF.

Menurut akhbar Marca, Los Zorros turut bersedia membawa masuk bekas pengurus Necaxa, Jaime Lozano sebagai pengganti bekas jurulatih JDT II itu. Dengan Atlas menduduki tangga ke-14 selepas 10 perlawanan Liga MX, Atlas hanya menunggu masa sesuai untuk melepaskan Mora.

Ramai penyokong Los Zorros tidak berpuas hati dengan prestasi kelab yang terumbang-ambing. Malah, selepas La Furia kalah kepada Leon semalam, ramai meninggalkan komen di laman media sosial yang menggesa Mora agar bertanggungjawab dan meletak jawatan.

Semasa bersama JDT, Mora menjulang Piala Sumbangsih pada 2021 dan 2022 serta Liga Super pada 2021.