K. Devan Ada Jawapan Mengapa Herold Goulon Sering Menghilang

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Ketiadaan pemain Import Negeri Sembilan FC, Herold Goulon semasa perlawanan jelas menimbulkan tanda tanya para penyokong setelah kalah besar ketika bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman telah menyaksikan kemenangan besar Skuad Harimau Selatan mengatasi Negeri Sembilan FC dengan mencatat keputusan 7-0.

Pasukan bawah bimbingan Hobin Jang Hobin jelas memperlihatkan ketumpulan benteng utama selain ramai pemain tonggak utama tidak turun beraksi.

“Kita tidak melakukan latihan pra-musim yang praktikal sebab pemain import datang lambat serta kuota pemain juga kurang.”

“Harini pula kita menyaksikan bukan pemain utama dan pemain import yang turun bermain.”

Devan turut menjelaskan ketiadaan pemain import utama Herold Goulon dan Levy Madinda selain mengambil kira faktor kecergasan pemain.

“Casagrande pula datang lambat dan terpaksa turun beraksi dalam 3 perlawanan selama 9 hari, keadaan ini sangat sukar buatnya”

“Aksi yang dipamerkan tidak efektif, tiada keseimbangan antara penyerang dan bertahan”

“Namun ini bukan mengenai Goulon sahaja, kualiti dan kecergasan fizikal pasukan juga perlu dipertingakat lagi. Kita juga perlu memastikan Pemain import yang masuk memiliki tahap kecergasan yang baik supaya masing-masing dalam menampilkan persembahan yang baik,” jelas Devan kepada MakanBola.

Skuad bimbingan Hobin jung difahamkan bakal beraksi menentang KL city dalam masa terdekat tetapi masih belum diketahui lokasi perlawanan.