Jurulatih Gergasi Asia Mula ‘Cungkil’ Permata Malaysia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Jurulatih pasukan Qatar kini mula memberi beralih arah dan menghalakan tumpuan kepada bakat-bakat yang dimiliki di Asia Tenggara terutamanya pasukan muda Malaysia setelah berjaya melangkah ke Piala Asia Bawah 17 tahun.

Kejayaan skuad kendalian Osmera Omaro ini masih segar meniti di bibir para penyokong setelah muncul selaku juara Kumpulan B baru-baru ini.

Perkara ini menjadi kenyataan apabila  mencatat tiga kemenangan dan juga satu seri dalam 4 perlawanan sekaligus mengesahkan kemaraan dengan penuh bergaya.

Keputusan positif ini sudah tentunya tidak terlepas daripada mata banyak pihak terutamanya di Asia.

Hal ini  telah pun disahkan apabila kemampuan sebenar pemain negara telah mendapat perhatian oleh ketua jurulatih Qatar.

Menerusi satu kenyataan oleh pengurus pasukan kebangsaan Bawah 17 Tahun (B-17), Cristopher Raj, beliau secara terbuka memberitahu bahawa pasukan Harimau Malaya B-17 mula mencuri tumpuan selepas berjaya melayakkan diri ke Piala Asia Bawah 17 Tahun.

“Semalam saya ada menerima mesej daripada jurulatih Qatar dan beliau berkata, Wow Chris, saya tidak pernah menjangka bahawa pasukan Malayaia mampu mara ke Piala Asia.”

“Mereka tidak pernah jangka, tetapi saya yakin, pasukan yakin, kesemuanya yakin untuk kita layak.”

Walau bagaimanapun, beliau menganggap perjalanan pasukan muda negara masih jauh dan mahu mereka memberi tumpuan sepenuhnya dan memanfaatkan peluang beraksi di pentas Piala Asia dengan bermati-matian.

Malah, pentas berprestij tersebut juga bakal menjadi medan kayu ukur untuk menguji tahap skuad Kebangsaan Bawah 17 Tahun (B-17) terutamanya ketika beradu kekuatan dengan lawan yang lebih baik.

“Kita telah pun berjaya  layak ke Pusingan Akhir Piala Asia. Kita kena menentang dengan Iran, Korea, Yemen terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kita,” katanya menerusi Flash Sukan.

Osmera Omaro dan juga anak buahnya dijangka kekal untuk meneruskan cabaran negara untuk mencari keputusan positif di Piala Asia tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *