Jordi Amat Ingatkan Bergson, “Tiada Masa Untuk Berehat”

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemain timnas Indonesia, Jordi Amat memberi teguran sinie kepada rakan sepasukannya di JDT, Bergson Da Silva.

Bekas bintang Swansea City di Liga Perdana Inggeris (EPL) ini telah pun mencipta kejutan apabila membuat keputusan untuk menyertai skuad Harimau Selatan musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu bagaimanapun kini sedang menjalani latihan bersama pasukan kebangsaannya, Indonesia menjelang saingan Piala AFF Mitshubishi Electric 2022.

Gelagat pemain yang mesra disapa Pak Amat ini mencuri perhatian apabila berbalas komen dengan penyerang kelahiran Brazil tersebut.

Bergson meninggalkan satu komen pada hantaran Amat yang meminta beliau untuk berehat seketika.

“Pergilah berehat sahabatku.”

Pemain kelahiran Sepanyol ini bagaimanapun menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai masa untuk berehat.

“Tiada masa untuk berehat, kawanku,” jelasnya.

Jordi Amat dijangka bakal menjadi aset terbesar Sang Garuda untuk mengemudi barisan pertahanan pasukan dan kemasukan seorang lagi iaitu Sandy Walsh.

IG: Jordi Amat

Indonesia bakal berdepan cabaran Thailand, Brunei, Kemboja dan juga Filipina dalam misi menjuarai kejohanan berprestij ini.