Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Aspek kecergasan JDT dijangka semakin mantap menjelang aksi Liga Super musim 2023 pada akhir Februari ini. Ini selepas Harimau Selatan membawa masuk jurulatih kecergasan Argentina, Rodrigo Barrios.
Pengumuman penyertaan Barrios dibuat menerusi laman media sosial JDT semalam.
Barrios merupakan sebahagian daripada barisan kejurulatihan Albiceleste yang menjulang Piala Dunia 2022 di Qatar pada Disember lalu. Selain skuad kebangsaan Argentina, dia juga pernah berkhidmat di Estudiantes dan Al-Hilal.
JDT yang turut mendapat sentuhan jurulatih baru Esteban Solari mengharapkan magis Barrios dapat menjadikan pasukan tersebut lebih mantap di peringkat Asia.
Selain Barrios, turut menyertai Harimau Selatan ialah bekas penganalisis pasukan Rayo Vallecano, Matias Garcia. Selain kelab La Liga itu, Garcia juga pernah bekerja dengan Rosario Central, Atletico Morelia dan Quilmes Atletico Club.