Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Selepas mengesahkan penyertaan dalam Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL), JDT ketika ini sibuk membina skuad mantap bagi menghadapi MPFL. Ini termasuk merekrut pemain-pemain baru berkualiti bagi memperkuat skuad yang hendak dibentuk.
Dikhabarkan Harimau Selatan berusaha merekrut dua orang pemain kebangsaan dari Pahang Rangers sebagai tonggak utama mereka. Ini sebagai tanda JDT hadir bukan sebagai pasukan pelengkap jadual pertandingan.
Dari satu segi, ini menunjukkan pemain-pemain yang membarisi Pahang Rangers sebagai pemain berkualiti dan boleh diharap atas gelanggang. Selain JDT, Selangor TOT United juga telah mendapatkan khidmat beberapa pemain Pahang Rangers.
Tetapi dari satu sudut yang lain, ini menyukarkan jurulatih pasukan itu, Gerard Casas membina pasukan mantap untuk menggalas cabaran saingan MPFL 2023.