Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Johor Darul Ta’zim (JDT) bertemu dengan Sabah FC dalam perlawanan terakhir Liga Super yang menyaksikan mereka menamatkan saingan dengan kemenangan.
Hector Bidoglio kekal menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan ini sungguhpun kejuaraan sudah sah dalam genggaman.
Tidak menunggu lama, pasukan tuan rumah berada di depan pada minit ke-17 apabila hantaran lintang pemain sayap, Arif Aiman mudah ditolak masuk oleh Bergson Da Silva.
Arif beraksi dengan cukup baik pada malam ini apabila muncul selalu meledak gol kedua pasukan menerusi satu sepakan percuma cantik melepasi kawalan Damien Lim.
Bersambung babak kedua, anak didik Dato’ Ong Kim Swee cuba bangkit namun Bergson terus menambah duka menerusi gol sepakan lipat bagi kedudukan 3-0.
Kedudukan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan JDT mengakhiri saingan Liga Super musim ini tanpa sebarang kekalahan dengan 56 mata sementara Sabah terlepas peluang menduduki tangga kedua untuk ke pentas AFC.