JDT Atasi Blackburn Rovers, Unggul Di Tangga Ke-573 Dunia

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kedudukan Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah berjaya mengatasi bekas juara EPL, Blackburn Rovers iaitu pada tangga ke-573 dunia.

Melalui perkongsian yang dilakukan oleh sebuah laman analisis bola sepak Opta Analyst, terdapat lebih 13,500 ranking kelab bola sepak dunia yang tersenarai dalam pengkalan data mereka.

Berdasarkan ranking keseluruhan kelab bola sepak, pasukan Harimau Malaya kini tersenarai pada tangga ke-573 dunia dengan memiliki rating sebanyak 71.80 mata.

Dalam senarai tersebut, terdapat dua kelab gergasi Asia Tenggara lain, iaitu dari Indonesia Persib Bandung dan Persija Jakarta masing-masing di tangga ke-1,798 dengan 63.74 mata dan di tempat ke 2,724 dengan 59.80 mata.

OPTA ANALYST

Berdasarkan laporan awal oleh Flash Sukan menyatakan bahawa kelab Bayern Munich, Jerman menduduki tangga pertama dengan memegang sebanyak 100.00 mata sekaligus menjadi juara unggul dunia, diikuti Manchester City, Barcelona dan Napoli masing- masing 97.85, 95.04 dan 94.81 mata.

OPTA ANALYST

Walau bagaimanapun, JDT tetap menjadi buruan yang terbaik bagi terus melangkah bagi merebut kejuaraan berprestij terutamanya dalam pentas Asia.