Isteri Izham Tarmizi Sempat Buat Ujian Penglihatan Ketika Sakit

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kecederaan pada bahagian mata yang dialami penjaga gol Pahang, Izham Tarmizi Roslan semasa perlawanan Liga Super Negeri Sembilan-Sri Pahang sedikit terubat dengan kehadiran isteri tercinta yang juga pelakon, Mia Ahmad.

Kehadiran pelakon Hati Perempuan itu memulihkan kembali semangat penjaga gol pinjaman Johor Darul Ta’zim (JDT) itu. Dalam hantaran videonya di Instagram, Mia cuba menguji penglihatan suaminya yang memegang bayi mereka sambil berseloroh meminta Izham mengira dua jarinya.

Di ruangan komen, ramai pengguna mendoakan agar Izham kembali pulih seperti sediakala. Bekas penjaga gol pasukan kebangsaan itu dipinjamkan JDT ke skuad Tok Gajah selama semusim bagi membantunya mendapatkan minit permainan.

Izham mengalami kecederaan selepas bertembung dengan pemain Negeri Sembilan, Hasbullah Abu Bakar. Susulan itu, penjaga gol Sri Pahang itu terpaksa dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dengan Izham mendapat beberapa jahitan pada kecederaannya itu.