Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet lempar cakera kebangsaan, Muhammad Irfan Shamsuddin menyasarkan pingat di kejohanan Piala Asia 2022. Anak jati Negeri Sembilan itu meletakkan Piala Asia sebagai misi utama dalam mengekalkan momentum kecemerlangan musim hadapan.
Jaguh Sukan SEA empat kali berturut itu juga menjelaskan bahawa beliau akan terus berusaha mempertahankan pingat emas yang digondolnya itu. Edisi 2013 di Myanmar hingga edisi 2019 di Filipina menjadi saksi kepada kejayaan atlet negara ini.
“Sudah tentu saya nak pertahan pingat emas dan buat yang terbaik di Sukan SEA.”
Atlet yang berusia 36 tahun itu menganggap Sukan SEA sebagai medan persiapan terbaik kerana ia merupakan sebahagian daripada perjalanannya sebelum meletakkan sasaran utama untuk menempah pingat di kejohanan Sukan Asia kelak.
“Ia merupakan sebahagian daripada ‘perjalanan’ saya untuk merangkul pingat di Sukan Asia,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.
Kejohanan Sukan SEA dijadualkan di Hanoi, Vietnam, pada Mei tahun hadapan sementara temasya Piala Asia 2022 akan berlangsung di Hangzhou, China, pada September.