Intan Serah Sertai Kelana United

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Kapten pasukan wanita kebangsaan, Intan Serah secara rasminya diumumkan selaku pemain baharu Kelana United FC.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan antara bintang futsal paling menyerlah ketika membantu pasukan negara meraih pingat gangsa dalam kejohanan Sukan SEA 2021.

Spekulasi mengenai masa depannya mula timbul apabila beliau sering berbalas hantaran pada ruangan komen Johor Southern Tigers selepas kelab tersebut baru sahaja menubuhkan skuad futsal musim ini.

Persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila Kelana United mengumumkan beberapa orang pemain baharu yang dibawa masuk bersama-sama Intan.

Beliau difahamkan akan memperkuatkan skuad futsal wanita yang akan bersaing dalam Liga Super Wanita FAS.

Perpindahan Intan ini sudah tentu bakal menambah kekuatan pasukan dalam misi meraih pelbagai kejuaraan yang dipertandingkan.