Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain futsal wanita sensasi negara, Intan Serah mula memberi bayangan terhadap minatnya untuk menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT).
Kapten pasukan futsal Malaysia itu merupakan antara bintang yang dimiliki negara dengan kebolehan untuk beraksi dalam pentas bola sepak dan juga futsal.
Pemain berusia 23 tahun itu mula mendapat perhatian tatkala satu hantaran yang dimuat naik mula membuatkan para penyoking tertanya-tanya.
Intan sebelum ini pernah berkelana bersama beberapa pasukan futsal gergasi tanah air antaranya ialah Perak, Melaka dan lain-lain.
Bekas Pemain Terbaik Kejohanan MPFL ini menunjukkan minat untuk ke selatan tanah air bagi mengembangkan lagi perjalanan kariernya.
“Bismillah, I Love Johor,” tulisnya dalam hantaran tersebut.
Menerusi satu kenyataan oleh Johor Saouthern Tigers, mereka bakal menubuhkan sebuah pasukan futsal bagi memastikan pasukan Harimau Selatan berada pada tahap tertinggi.
Perkara ini sudah tentu bakal menarik minat nama-nama besar futsal selain merancakkan lagi persaingan futsal negara.