Intan Serah Sedang Mencari Calon Suami

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Telatah penyerang skuad futsal wanita negara, Intan Serah Anisah Zulgafli di laman media sosial sentiasa menggamit perhatian penyokong bola sepak negara. Tetapi hantaran terbarunya di Instagram membayangkan dia kini sedang mencari calon suami.

Bayangan tersebut disebut dalam hantaran Intan bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut semalam. Dalam hantarannya itu, kapten skuad futsal wanita negara itu amat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan bakat untuk membuka mata masyarakat dan memberi inspirasi kepada individu di luar sana.

“Saya bersyukur dan terharu sepanjang perjalanan hidup saya, saya diberi bakat oleh Tuhan untuk memberi insipirasi dan membuka mata segelintir masyarakat di luar sana.

“Sekarang dah makin ramai ibu bapa mesej saya dan hantar video video anak perempuan mereka bermain bola. Katanya nak jadi macam “Intanserah” bila besar nanti.

Saya bukanlah manusia yang sempurna, nak dijadikan contoh kepada individu lain. Saya rasa saya sangat lah tak layak, tapi saya cuba sehabis baik demi menjadi orang yang lebih baik.

Figura awam yang lebih baik, masa depan yang lebih baik, generasi yang lebih baik dan dunia yang lebih baik. Untuk semua lelaki di luar sana, kami perlukan sokongan anda.

“Tak lengkaplah hidup kami (wanita) tanpa anda. So ada tak yang nak sertai sistem sokongan saya selain abah dan abang-abang saya?” tulisnya di Instagram.

Ini bukan kali pertama Intan menyatakan keinginan mencari pasangan hidup. Sebelum ini, Intan mendedahkan antara ciri lelaki pilihannya ialah bukan penyokong kelab gergasi EPL, Liverpool.