Intan Serah & Gadis Amerika Syarikat Ini Buat Lagu Malaysia Popular Di New York

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Sejak menyertai New York Dutch Lions (NYDL) FC di New York, Amerika Syarikat, Intan Serah Anisah Zulgafli semakin menyesuaikan diri dengan pasukan barunya itu. Buktinya, Intan berjaya mempengaruhi rakan sepasukannya menari mengikut rentak lagu Malaysia.

Menerusi satu rakaman video di Tiktok peribadinya, beliau merakam video rakan sepasukannya menari lagu Malam Pagi milik penyanyi Saixse.

Lagu tersebut menjadi pilihan kerana tular dalam kalangan pendengar di Malaysia terutama di TikTok sejak beberapa hari lepas.

Walaupun tidak memahami lirik lagu tersebut, itu tidak menghalang rakan Intan daripada menari mengikut rentak lagu berkenaan. Ini mengundang hilai tawa daripada beliau kerana kemampuan rakan sepasukannya itu menari spontan.

@serahsocool

Tag owner lagu ni, bagitahu dia lagu dia dah mendonia!!! Sampai New york suka niiii. Hahahaha

♬ original sound – Intanserah – Intanserah

Tag pemilik lagu ni, beritahu dia lagu dia dah mendonia!!! Sampai New York suka ni. Hahahaha,” katanya dalam hantaran TikTok berkenaan.

Keserasian ini diharap dapat membantu Intan tampil lebih cemerlang bersama NYDL FC untuk baki perlawanan yang bakal ditempuh selepas ini.