Ingatkan Bola, Kanak-kanak Ini Tersepak Durian

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Normal bagi kanak-kanak yang sedang lincah menyepak mana-mana objek atas lantai. Bagi mereka, objek tersebut ibarat bola biasa. Tetapi bagi seorang kanak-kanak ini, malang nasibnya apabila plastik yang disepak mengandungi beberapa biji buah durian!

Insiden ini menjadi bualan ramai apabila ia dimuatnaik ke laman media sosial termasuk Twitter dan TikTok semalam.

Video tersebut jelas menunjukkan sedikit kecederaan pada beberapa jari kaki kanak-kanak tersebut.

Bila ditanya bagaimana perkara tersebut boleh berlaku, kanak-kanak itu memberitahu bapanya bahawa dia menyangka plastik putih yang ada di lantai itu kosong. Dia cuba menyepaknya tanpa menyedari ada durian di dalamnya.

Tetapi sudah terlewat untuk dia menyedarinya dan itu membawa kepada luka di jari-jari kaki. Tetapi yang menariknya, si kecil itu dalam keadaan masih menangis tetap menegaskan bahawa dia tidak bersalah bila ditegur bapanya tentang perbuatannya itu.