Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Selepas berjaya menewaskan Kemboja dalam perlawanan pemanas badan pertama pada 10 Disember lepas, Malaysia berharap dapat meneruskan rentak kemenangan dalam perlawanan persahabatan kedua menentang Maldives.
Kali terakhir Malaysia bertemu Maldives ialah pada empat tahun lepas dengan Harimau Malaya menang sekali dan kalah sekali. The Red Snappers yang dikendalikan jurulatih Itali, Francesco Moriero baru saja melalui dua perlawanan persahabatan dengan Brunei dan Laos sebagai persiapan dua pasukan berkenaan menghadapi Piala AFF 2022.
Rekod Head-2-Head (Malaysia vs Maldives)
26 November 2009/ Malaysia vs Maldives / 0-1 / Perlawanan Persahabatan Kelab Antarabangsa
3 November 2018 / Malaysia vs Maldives / 3-0 / Perlawanan Persahabatan Antarabangsa
Info Siaran Langsung / Live Streaming Persahabatan Antarabangsa
Malaysia vs Maldives
Tarikh: 14 Disember 2022
Waktu: 9:00 malam waktu Malaysia
Lokasi: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Link live streaming:
TV 9 (Extra): Link (Pilih TV9)
Astro Arena (Sooka): Link
Malaysia bakal memulakan kempen mereka dalam Piala AFF 2022 dengan menentang Myanmar dalam Kumpulan B pada 21 Disember. Sementara Maldives pula bakal menentang Singapura dalam satu lagi aksi persahabatan pada 17 Disember.