Indonesia Masters: Rahayu, Siti Fadia Sekat Kemaraan Pearly Tan, Thinaah

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Aksi separuh akhir Daihatsu Indoensia Masters menyaksikan wakil tunggal negara, Pearly Tan dan M Thinaah menentang beregu tuan rumah, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Ramadhanti.

Perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta memihak kepada gandingan Indonesia, Apriyani dan Ramadhanti selepas menewaskan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah dengan keputusan 21-23, 21-14 dan 21-14.

Pengalaman yang dimiliki Rahayu jelas memberikan kelebihan buat gandingan Indonesia. Pearly Tan dan M Thinaah meraih kemenangan pada set pertama sebelum Rahayu dan Ramadhanti memenangi pada set kedua dan ketiga.

Gandingan Pearly Tan dan M Thinaah meraih pingat gangsa berkongsi kedudukan di tempat ketiga, keempat. Apriyani Rahayu dan Ramadhanti bakal menentang beregu nombor satu dunia, Qing Chen dan Jia Yi Fan dari China pada aksi final, esok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *