Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Aksi pusingan ke-16 Indonesia Masters 2023 hari ini melibatkan tujuh wakil negara tampil beraksi di gelanggang Istora Gelora Bung Karno, Indonesia.
Tiga wakil Malaysia mengesahkan kemaraan ke pusingan suku akhir apabila berjaya menundukkan lawan masing-masing.
Gandingan beregu lelaki nombor dua dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjadi wakil pertama negara melangkah ke suku akhir setelah menewaskan beregu dari China, Liang Wei dan Wang Chang secara straight set, 22-20, 21-13.
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong terpaksa akur dengan kehebatan lawan apabila tewas ditentang wakil dari India dan Hong Kong. Ng Tze Yong tewas kepada jaguh dari India, Lakshya Sen dengan keputusan 19-21, 21-8 dan 21-17.
Sementara Lee Zii Jia yang kini menduduki ranking ke-4 dunia pula dikejutkan pemain di ranking ke-15 dunia, Angus Ng. Wakil dari Hong Kong itu memastikan langkah Lee Zii Jia terhenti setelah Angus menang 16-21, 22-20 dan 21-13.
Beregu campuran negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai pula mudah menundukkan wakil Denmark, Mathias Thyrri dan Amalie Magelund. Soon Huat dan Shevon menang straight set, 21-19 dan 21-16.
Tan Wee Kiong dan Tan Kian Meng pula tewas ditangan beregu lelaki Jepun, Kiichiro Matsui dan Yoshinori Takeuchi dengan keputusan 21-17 dan 21-17.
Gandingan Pearly Tan dan M Thinaah melangkah ke suku akhir apabila menundukkan satu lagi wakil Malaysia iaitu Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien. Pearly-Thin menang 21-13, 21-16.
Wakil terakhir negara yang beraksi hari ini, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing tewas kepada gandingan Indonesia Jafar Hidyatullah dan Aisyah Pranata. Kiang Meng dan Pei Jing terpaksa akur dengan keputusan 15-21, 21-7 dan 14-21.
3 wakil negara yang layak ke suku akhir ini akan beraksi pada esok dengan membawa satu misi yang sama untuk layak ke pusingan separuh akhir.