Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pusingan suku akhir Indonesia Masters 2023 hari ini telah berlangsung di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta. Tiga wakil negara turun berentap untuk mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir pada esok.
Wakil pertama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik turun berdepan wakil dari China, He Ji Ting dan Zhou Hao Dong. Beregu lelaki nombor satu negara itu terpaksa berputih mata apabila mereka tewas menerusi straight set. Wakil China yang kini menduduki ranking 21 dunia itu menewaskan Aaron dan Wooi Yik dengan keputusan 21-17 dan 21-10.
Gandingan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah terus konsisten mempamerkan aksi cemerlang apabila mengesahkan slot ke pusingan separuh akhir. Pearly dan Thinaah menundukkan lawan dari China, Li Men Wei dan Liu Xuan secara straight set, 21-10 dan 21-12.
Wakil terakhir negara, beregu campuran yang diwakili Goh Son Huat dan Lai Jaimie terpaksa akur dengan kehebatan regu dari Perancis, Thom Gicquel dan Delphine Delrue. Beregu pilihan ketiga kejohanan itu menang dengan keputusan 21-16 dan 21-19.
Pearly Tan dan M Thinaah bakal berdepan cabaran beregu dari Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota pada aksi separuh akhir esok sebelum memastikan slot ke final diraih satu-satunya wakil negara ini.