Indian Wells Mahu Djokovic Ambil Vaksin Jika Mahu Beraksi

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic yang tular sebelum ini apabila tidak dibenarkan beraksi di Terbuka Australia kerana tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19 dijangka akan membuat kemunculan dalam saingan ATP Indian Wells bulan depan.

Pemenang 20 kali gelaran Grand Slam itu juga merupakan pemenang lima kali di Indian Wells memerlukan beliau untuk menunjukkan bukti vaksinasi setelah penganjur mengumumkan bukti vaksinasi penuh diperlukan untuk kemasukan penonton ke gelanggang sepanjang kejohanan dari 7 hingga 20 Mac.

Sebelum ini, Djokovic telah pun dihalang untuk menyertai Terbuka Australia setelah didapati gagal untu mengemukakan bukti vaksinasi lengkap kepada pihak penganjur.

Pihak penganjur Indian Wells dalam satu kenyataan telah pun memberitahu bahawa bukti vaksinasi diperlukan untuk kejohanan itu namun pada masa sama berkata protokol bagi pemain termasuk Djokovic akan diputuskan oleh ATP selaras dengan peraturan sekatan di Amerika Syarikat (AS).

‘Dengan faktor kesihatan dan keselamatan menjadi keutamaan di kejohanan ini, Terbuka BNP Paribas memerlukan bukti vaksinasi penuh untuk memasuki Indian Wells Tennis Garden.’

‘Garis panduan untuk pemain adalah berdasarkan kepada protokol yang ditetapkan oleh badan induk masing-masing, WTA dan ATP serta sebarang sekatan yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat berhubung status vaksinasi pengembara luar yang memasuki negara itu,’ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *