Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pertembungan antara Singapura dan Malaysia Piala AFF tempoh hari telah disaksikan oleh penyerang berbisa Singapura, Ikhsan Fandi turut menumpang kegembiraan atas kemenangan Malaysia namun terselit amaran.
Penyokong Malaysia pasti mengingati momen tarian oleh Ikhsan Fandi dan adiknya Ilhan Fandi dalam perlawanan persahabatan Singapura menentang Malaysia Mac tahun lalu.
Baru-baru ini, pemain tersebut merancang untuk terus menari jika berjaya menjaringkan gol menentang Malaysia. Namun, hajatnya tidak tercapai apabila beliau tidak dapat turun bermain dalam Piala AFF akibat kecedaraan.
Selepas menyaksikan kekalahan teruk, Ikhsan sempat membuat perkongsian di lnstagram story miliknya sempat mengucapkan tahniah buat Malaysia. Namun begitu, beliau sempat berpesan kepada penyokong Malaysia bahawa beliau akan terus menari.
Dalam aksi terakhir kumpulan B piala AFF menyaksikan Singapura yang telah tewas 1-4 kepada Malaysia membuka peluang buat Malaysia terus mara ke separuh akhir bersama Vietnam yang juga juara kumpulan.
Dalam aksi separuh akhir, Malaysia menentang Thailand dijadualkan akan berlangsung pada 7 Januari ini bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum aksi timbal balik di Thailand Selasa depan.