Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Targedi berdarah yang berlaku di Kanjuruhan, Malang Indonesia masih lagi ternigang-ngiang dalam kalangan penduduknya terutamanya buat Muhammad Alfiansyah, seorang kanak-kanak yang kehilangan kedua ibu bapanya.
Muhammad Yulianto and Devi Ratna Sari merupakan antara 125 orang mangsa yang terlibat dalam tragedi di Stadium Indonesia ketika pertemuan antara Arema FC menentang Presebaya, 1 Oktober lalu.
Perlawanan pertama di stadium buat kanak-kanak yang mesra disapa Alfi ini bertukar tragedi hitam buatnya apabila terpaksa menelan hakikat bahawa orang tuanya sudah pergi buat selamanya.
Muhammad Yulianto dan Devi Ratna Sari adalah pasangan biasa yang cuba mencari rezeki di kota Malang. Mereka tinggal di sana bersama anak tunggal mereka, seorang lelaki berusia 11 tahun.
Alfi telah pun meyakinkan orang tuanya unthk membawanya ke stadium dan mereka telah pun pergi ke sana bersama ahli keluarga yang lain sekitar 10 orang.
Semuanya bermula apabila sejurus wisel penamat dibunyikan, mereka sedang menuju untuk keluar dari stadium sehinggalah kelihatan pihak polis cuba melepaskan gas pemedih mata ke arah penonton.
Menurut abang mangsa, Encik Doni, beliau segera mendakap anaknya lalu membawanya segera keluar.
“Sebaik sahaja mereka menembak gas pemedih mata, kami semua bertempiaran lari,”
“Dalam fikiran saya, saya hanya boleh memikirkan tentang anak-anak.”
Ketika menanti ahli keluarganya yang lain di luar, beliau tiba-tiba disapa oleh Alfi yang berseorangan sahaja lalu beliau menjadi curiga dengan kejadian di dalam stadium.
“Adakah kamu melihat ibu dan ayahmu terjatuh,” tanya Encik Doni yang hanya menerima jawapan badan dari Alfi, tanda tidak tahu.
Pada malam itu, beberapa penyokong Arema, yang marah dengan kekalahan pasukan mereka, bertempur dengan polis, menyebabkan pasukan keselamatan menyembur gas pemedih mata ke dalam tribun penonton. Beribu-ribu orang bergegas ke pintu keluar, terperangkap akibat asap dan menginjak-injak satu sama lain.
Kematian Encik Yulianto dan Puan Dewi diratapi oleh ahli keluarga dan juga jirannya yang datang memenuhi ruang rumahnya untuk membacakan doa dan mengucapkan selamat atas pemergian mereka.
Tragedi hitam ini sudah tentu menjadi pengajaran yang cukup besar buat seluruh warga Indonesia khusunya peminat bola sepak tentang besarnya nilai sebuah nyawa berbanding bola sepak.