Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Bekas penganalisis JDT, Haydee Agras difahamkan kini telah mula berkhidmat bersama pasukan meningkat naik, Brentford di EPL.
Haydee membawa arah tujuan baharu untuk bersama Brentford selepas beliau tidak meneruskan khidmatnya bersama JDT sejak pertengahan tahun 2022 susulan Benjamin Bora meninggalkan peranannya selaku pengendali JDT.
Menerusi satu hantaran terbarunya di Instagram, beliau akan memulakan pengembaraan barunya sebagai penganalisis di EPL bersama Brenford.
Penganalisis itu juga sering menjadi tumpuan penyokong kerana wanita yang terlibat dalam dunia bola sepak sebagai penganalisis perlawanan bola sepak tidak begitu ramai.
Haydee telah berkhidmat sebagai penganalisis perlawanan bola sepak kepada JDT bermula tahun 2019 hingga 2022 dan banyak memberi input yang membawa kejuaraan buat pasukan JDT sepanjang perkhidmatannya.
Ketika bersama JDT, beliau bertanggungjawab membantu barisan kejurulatihan bagi menilai kekuatan dan kelemahan pasukan lawan serta kemampuan pasukan sendiri.
Beliau juga sempat menghadiri ke perlawanan La Liga untuk radio Cadena Ser pada Ogos sebagai pengulas bagi memberi analisis corak permainan dalam perlawanan Celta Vigo-Espanyol sebelum menerima tawaran Bees.
Peranannya sebagai penganalisis akan terus dibawa ke Brenford bagi membantu pengurus Thomas Frank mencorak kesebelasan The Bees beraksi dengan lebih baik untuk baki saingan EPL musim ini.