Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet berbasikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz tidak berpeluang untuk menamatkan perlumbaan tengahari ini di temasya Sukan Paralimpik 2020 dalam acara wanita B ujian masa hari ini.
Aksi di Velodrom Izu itu menyaksikan Azlia Syafinaz dan jurumudi Nurul Suhada Zainal melakukan yang terbaik namun ternyata tuah tidak berpihak kepada mereka.
Dalam acara berbasikal trek ujian masa B wanita akhir, Azlia dan Syuhada dilihat konsisten dalam kayuhan sungguhpun berdepan dengan lawan yang tidak kurang hebatnya daripada negara seperti Great Britain, Republik Ireland dan juga Poland.
Dalam pada itu, pingat emas berjaya diperoleh pelumba dari Republik Ireland, Katie-George dan Fachie Lora berada pada kedudukan kedua saingan dari negara Great Britain.
Azira bagaimanapun tidak dapat menamatkan saingan apabila hanya berjaya menerukan kayuhan sehingga 24 km sahaja.
Sementara itu, pingat gangsa dirangkul pelumba dari Sweden iaitu Jennering Louise. Tahniah buat Azlia dan Suhada, anda berdua sudah lakukan yang terbaik !