Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh membuat kemunculan sulung di Astro Arena.
Dijemput sebagai tetamu undangan dalam satu sesi temu bual di Astro Arena, Hannah Yeoh juga sempat mencuba-cuba untuk menjadi pembaca berita ketika di akhir rancangan.
Video yang dirakam selama 13 saat itu telah disiarkan di laman Twitter Astro Arena.
“Sekian sahaja buat masa ini, teruskan bersama Nadi Arena untuk perkembangan sukan tempatan dan antarabangsa khasnya Harimau Malaya di Piala AFF. Saya Hannah Yeoh untuk Nadi Arena,” ujar Hannah.
Menurut Hannah Yeoh, menjadi impian beliau sejak dari kecil untuk menjadi pembaca berita. Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada Astro Arena atas kesudian menjemputnya ke konti.
“Ini sememangnya impian saya sejak kecil lagi. Terima kasih Astro Arena, bagi laluan saya baca berita 13 saat,” tulis Hannah dalam satu ciapannya di Twitter.