Hafizh Syahrin Kemudi Honda Bagi Saingan SBK Musim Hadapan

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah secara rasminya menjadi nadi kepada pasukan MIE Honda Racing untuk beraksi di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) pada musim hadapan.

Perkara itu telah dikongsikan, wartawan Astro Arena, Wan Muiz Aziz menerusi laman rasmi Twitter miliknya. Hafizh sebelum itu menzahirkan penghargaan kepada wakil Mie Honda Racing, Midori Moriwakisan yang hadir dari Jepun untuk bertemu Hafizh di Valencia.

Anak jati Selangor yang berusia 27 tahun ini turut mengesahkan bahawa Valencia Grand Prix merupakan perlumbaan terakhirnya sebagai pelumba Moto 2 di Kejohanan Dunia.

“Pertamanya saya nak ucapkan terima kasih kepada Midori Moriwakisan kerana datang dari Jepun untuk bertemu saya di Valencia, iaitu perlumbaan saya yang terakhir di World Championship sebagai pelumba Moto 2.”

Pelumba yang mesra dengan sapaan El Pescao itu tampak optimis untuk memberikan yang terbaik dalam kejohanan SBK musim hadapan. Beliau dilihat yakin dengan kemampuan yang ada untuk berjuang semampu mungkin sekaligus memberikan cabaran yang sengit di WSBK 2022.

“Saya akan berlumba di World Superbike pada tahun 2022 dengan Mie Honda Racing. Jadi saya harap saya dapat buat yang terbaik. Terima kasih kepada keluarga saya terutama sekali ayah dan isteri yang selalu menyokong. Kawan-kawan, peminat dan terima kasih juga kepada pihak KBS (Kementerian Belia Sukan), serta penaja saya RCB, Grant dan MAM.

“Apapun insyaAllah saya akan buat yang terbaik,” ujar Hafizh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *