Salah Pilih Tayar Punca Hafizh Syahrin Terpaksa Berputih Mata

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pada perlumbaan Grand Prix (GP) Moto 2 di Algarve kelmarin, Hafizh Syahrin terpaksa berpuas hati apabila menamatkan saingan pada kedudukan tempat ke-18.

Walaupun Hafizh berjaya meletakkan dirinya pada posisi terbaik ketika pertengahan perlumbaan, namun kesilapan pasukan NTS RW Racing dalam pemilihan tayar telah mengagalkan pelumba negara itu untuk mengutip sebarang mata.

Menurut artikel daripada Kosmo Online, pelumba berusia 27 tahun itu menjelaskan bahawa pasukannya sebelum perlawanan telah berteka teki untuk menggunakan tayar jenis lembut atau sederhana. Akan tetapi setelah perlawanan tamat, Hafizh mendapati pemilihan tayar jenis lembut yang dipertaruhkan pasukannya itu adalah langkah yang kurang tepat ketika perlawanan.

“Pada perlumbaan di GP Algarve, kami mempertaruhkan pemilihan tayar kerana ke­adaan suhu trek kekal di antara penggunaan tayar jenis lembut atau sederhana.

“Bagaimanapun, pada ak­hirnya saya dan kru membuat keputusan yang salah kerana menggunakan tayar jenis lembut pada perlumbaan tersebut,” kata Hafizh.

Hafizh Syahrin kini menduduki tangga ke-28 secara ke­seluruhan dengan lapan mata selepas mengharungi 17 pusingan perlumbaan. Untuk rekod, kali terakhir Hafizh berjaya mengutip mata ialah ketika di GP Itali setelah menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan sekaligus berjaya meraih tujuh mata.

Hafizh dalam pada itu telah mengesahkan bahawa dirinya tidak akan meneruskan perlumbaan Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing GP pada musim depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *