Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berjaya menampilkan aksi yang cukup cemerlang dalam saingan terbuka Korea 2022.
Bekas juara remaja dunia ini membuktikan kemampuan sebenar apabila menewaskan pemain daripada Jepun, Asuka Takahashi. Perlawanan pembukaan ini menyaksikan Jin Wei menang rubber-set 21-19, 16-21, 21-17.
Selepas berehat hampir 9 bulan, Jin Wei yang bergelut dengan masalah kesihatan sebelum ini kembali menemui rentak untuk warnai gelanggang badminton. Kemenangan Jin Wei pada semalam telah melayakkan beliau ke peringkat kedua saingan Terbuka Korea 2022.
Dalam pada itu, Ng Tze Yong dan Cheam June Wei mara dengan bergaya dalam perseorangan lelaki, setelah menewaskan Kalle Koljonen dari Finland 20-22, 22-20, 21-10 dan H. S. Prannoy dari India, dengan keputusan 21-17, 21-7.
Sementara beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi mudah mengatasi Bokka Navaneeth dan Sumeeth Reddy 21-14, 21-12.Tan Kian Meng dan Tan Wee Kiong, pula berjaya menewaskan Kim Hwi Tae-Yoon Dae dengan keputusan 21-18, 21-13.