Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Atlet perseorangan wanita badminton negara, Goh Jin Wei telah mengumumkan persaraanya dari dunia badminton hari ini menerusi satu hantaran video di Youtube miliknya.
Juara dunia ini terpaksa bersara awal kerana faktor kecederaan yang dialaminya. Jin Wei sebelum ini telah menjalani pembedahan di bahagian usus besar pada tahun 2019. Masalah kesihatan perut yang dialaminya sedikit sebanyak telah menggangu prestasi karier badminton beliau.
Ekoran daripada kecederaan itu, Jin Wei terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan BAM sekaligus fokus untuk penjagaan kesihatannya.
Setelah tujuh tahun bersama pasukan kebangsaan, Jin Wei turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Mencecah usia 21 tahun, Jin Wei setakat ini telah memenangi beberapa pingat dalam pelbagai temasya sukan. Pada tahun 2020, Goh Jin Wei berjaya menghadiahkan gangsa buat pasukan negara dalam kejohanan terbuka Asia. Beliau turut memenangi emas pada tahun 2018 dalam kejohanan olimpik remaja dan menjadi juara remaja dunia pada tahun 2018 dan 2015.
Walau bagaimanapun, kita akan terus mendoakan yang terbaik buat Jin Wei dan semoga Jin Wei kekal sihat selalu. Terima kasih atas segala pengorbanan anda dan selamat maju jaya Goh Jin Wei.