GASTAK Gesa Pesuruhjaya Sukan Segera Bertindak

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Gabungan Sepaktakraw Kelantan (GASTAK) meminta Pesuruhjaya Sukan (PJS) segera memberi kelulusan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) agar mesyuarat agung luar biasa (EGM) dapat dilakukan.

“Kami persatuan sepak takraw negeri-negeri meletakkan harapan tinggi agar proses selanjutnya iaitu EGM dapat diadakan dengan seberapa segera dan dikendalikan secara teratur mengikut perkara serta terma yang telah dipersetujui.”

“Kami menyambut baik kenyataan Pesuruhjaya Sukan Ibrahim Mohd Yusoff berhubung pelan dan strategi bagi memulihkan PSM. Pihak G11 menyifatkan persefahaman semua pihak dan persetujuan dicapai dalam siri perbincangan bersama PSM sebagai komitmen untuk merintis usaha mengembalikan kegemilangan sukan ini,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan Pesuruhjaya Sukan menegaskan penubuhan persatuan sepak takraw kebangsaan baharu yang dikenali sebagai Gabungan Sepaktakraw Malaysia (GSM) berjalan dengan lancar dan mendapat ‘restu’ daripada semua ahli gabungan.

Zuraidin turut berterima kasih kepada kerajaan di atas tindakan susulan yang dilakukan yang akhirnya memberikan sinar baru kepada dunia sepak takraw di Malaysia.

“Hasilnya beberapa perkembangan positif telah dicapai terutama terhadap semakan dan pindaan perlembagaan induk PSM yang akan dibentangkan dan diperakukan dalam EGM kelak.”

“Kami juga berpuas hati dengan pengendalian taklimat oleh PJS mengenai draf akhir pindaan perlembagaan pada satu sesi khas yang diadakan pada 11 Ogos lepas,” katanya kepada Bernama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *