Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri mencatatkan pencapaian cemerlang sekali lagi apabila berjaya merangkul pingat gangsa baru-baru ini.
Gandingan berbisa ini meneruskan rentak cemerlang dalam Kejohanan Dunia 2022 acara 10 meter (m) plaftorm seirama wanita lewat malam tadi.
Pada aksi final yang berlangsung di Arena Danube, Budapest, Hungary, pasangan emas negara ini cemerlang meraih 298.68 mata keseluruhan selepas lima terjunan.
Walau bagaimanapun, setelah memberikan yang terbaik pada kejohanan kali ini, mereka akhirnya terpaksa akur tewas 0.72 mata sahaja kepada pasangan Amerika Syarikat (AS), Delaney Schnell-Katrina Young.
Gandingan ini mencatatkan markah keseluruhan sebanyak 299.40 untuk meraih pingat Perak.
Quan Hongchan-Chen Yuxi menepati ramalan apabila mudah meraih pingat emas apabila mengutip 368.40 mata.
Sebagai rekod, ini adalah kejayaan podium ketiga buat gandingan Pandelela-Dhabitah selepas memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel Glasgow 2014 dan pingat emas Sukan SEA Vietnam 2021 sebelum ini.