Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Dengan saingan MPFL bakal bermula tidak lama lagi, pasukan-pasukan yang bertanding mula sibuk mengatur persiapan. Bagi skuad futsal JDT, hari ini merupakan latihan pertama bersama ketua jurulatih Juan Antonio Miguel Garcia.
Gambar sesi latihan pertama skuad futsal Harimau Selatan dimuatnaik di laman media sosial mereka hari ini.
Antara pemain yang melapor diri untuk latihan hari ini ialah dua bekas bintang Pahang Rangers, Mohd Awalluddin Mat Nawi dan Abu Haniffa Hasan. Perpindahan mereka ke Harimau Selatan disahkan oleh kelab lama mereka semalam.
Para pemain tekun mendengar arahan staf-staf kejurulatihan sebelum memulakan latihan pertama mereka hari ini.
JDT yang dilaporkan berbelanja besar untuk musim sulung mereka dalam MPFL pastinya mahu tampil cemerlang seperti mana skuad bola sepak mereka. Oleh itu, sentuhan Miguel Garcia diharap dapat menterjemah usaha ini dalam bentuk kecemerlangan di saingan MPFL 2023.