Futsal: JDT Menang Lagi

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

JDT yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia atau Juanito terus mengatur persiapan rapi untuk MPFL musim 2023. Terbaru, Harimau Selatan mengecap satu lagi kemenangan dengan membenam Shah Alam City 3-1.

JDT menurunkan barisan terkuat mereka termasuk enam pemain kebangsaan seperti penjaga gol Azrul Hadee Mohd Taufiq, Mohd Azwann Ismail dan Mohd Awalludin Mat Nawi.

Selain mereka, pemain import yang dicanang sebagai pemain import baru Harimau Selatan iaitu Caio Cesar Garcia Rego turut diturunkan.

Dengan kaliber pemain yang dimiliki, tidak hairanlah JDT mendominasi perlawanan. Tetapi walaupun berjaya membolosi pihak lawan sebanyak tiga kali, gawang Harimau Selatan turut dibolosi sekali.

Ini menunjukkan masih banyak kerja perlu dilakukan oleh Juanito dan barisan jurulatih JDT jika mahu menjadikan Harimau Selatan sebagai pencabar MPFL musim ini.

Selain itu, mereka juga berharap pemain import Iran yang dikenalpasti dapat dibawa dan memperkuat pasukan menjelang permulaan musim kejohanan tersebut.