Futsal: Dua Bintang Pahang Rangers Sah Disambar JDT

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Selepas berjaya merekrut merekrut bekas jurulatih Real Betis, Juan Antonio Miguel Garcia, JDT terus mengenalpasti pemain-pemain yang dapat memperkuat skuad futsal mereka. Terbaru, dua bintang Pahang Rangers sah menjadi sebahagian daripada skuad Harimau Selatan.

Dua bintang yang dimaksudkan ialah Mohd Awalluddin Mat Nawi dan Abu Haniffa Hasan. Pengumuman perpindahan mereka dibuat oleh kelab itu menerusi laman media sosial mereka hari ini.

Sebelum ini, sudah ada ura-ura mengatakan dua bintang Rangers diintai JDT tanpa dinyatakan identiti mereka. Dengan pengumuman yang dibuat kelab berkenaan, ia pastinya membuatkan JDT digeruni menjelang saingan MPFL 2023.

Awalluddin dan Abu Haniffa merupakan sebahagian daripada skuad Pahang Rangers yang menduduki tangga kedua MPFL 2022. Kedua-duanya juga merupakan tonggak skuad futsal Harimau Malaya.

Selain dua bintang Pahang Rangers, JDT sebelum itu dikatakan telah menyambar beberapa pemain utama pasukan futsal Selangor MAC.