Futsal: Barisan Bintang JDT Mudah Tewaskan Penang

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

JDT seakan memberi amaran awal kepada pasukan-pasukan MPFL hari ini. Ini selepas Harimau Selatan berjaya mengatasi pasukan Penang FA 3-1 dalam perlawanan persahabatan hari ini.

Barisan pemain bintang ini nampak tidak kekok beraksi di bawah bimbingan bekas jurulatih Real Betis, Juan Antonio Miguel Garcia.

Antara pemain yang beraksi untuk JDT hari ini ialah kuartet Selangor MAC ialah penjaga gol Azrul Hadee Mohd Taufiq, Mohd Azwann Ismail, Muhammad Ekmal Shahrin dan Muhammad Azri Rahman.

Selain mereka, bekas duo Pahang Rangers Abu Haniffa Hasan dan Mohd Awalludin Mat Nawi juga beraksi dalam perlawanan tersebut. Keenam-enam pemain ini merupakan pemain skuad futsal kebangsaan.

Justeru, tidak hairanlah keserasian yang dibina membolehkan mereka berjaya membolosi gawang Penang FA sebanyak tiga kali. Walaupun dibolosi sekali, ini menunjukkan pasukan yang dibentuk Miguel Garcia berada di landasan tepat.

Dengan dua pemain import bakal dibawa masuk tidak lama lagi, JDT mahu membuktikan bahawa mereka hadir dalam MPFL musim ini sebagai sebuah pasukan yang perlu digeruni.