FIFA Nampak ‘Bakat’ Hamidin

FA Malaysia

Trending Hari Ini

Share on:

Kepimpinan unggul Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berjaya mencuri perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

Hamidin yang mula menerajui tampuk FAM sejak tahun 2017 kekal mnenjawat jawatan tersebut sehingga penggal berakhir 2025.

Beliau juga telah pun tersenarai sebagai Ahli Jawatankuasa badan induk fifa bagi pemilihan ahli jawatankuasa eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) penggal 2023-2027.

Malah, Hamidin memberi respon positif terhadap pencalonan dirinya walaupun ia masih berada berada pada awal saringan.

“Walaupun pencalonan ini masih pada peringkat pencalonan, saya tetap menganggap perkara ini sebagai satu penghormatan.”

“Ini juga sudah tentu menjadi salah satu l usaha untuk membawa nama Malaysia khususnya bola sepak di mata dunia.”

Hal ini susulan sokongan yang tidak berbelah bahagi diberikan oleh rakan Asia yang lain terhadap kemampuannya berada dalam tampuk badan induk tersebut.

 Individu berusia 56 tahun ini berazam untuk membawa negara ke tahap yang dipandang tinggi oleh seantero dunia.

“Paling yang menjadi keutamaan dan tumpuan buat saya ialah untuk menaikkan lagi bola sepak Malaysia ke satu tahap yang lebih tinggi terutamanya di mata dunia,” katanya kepada Arena Metro.