Falsafah Benjamin Mora Meletup Di Mexico

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Bekas Jurulatih handal Johor Darul Takzim JDT, Benjamin Mora kini membawa perubahan baru dalam pentas bola sepak di Mexico selepas diangkat menjadi jurulatih kelab Atlas FC.

Jurulatih kelahiran Mexico pernah berkhidmat kepada kelab JDT selama lapan tahun. Semasa dibawah kendaliannya, Pasukan Harimau Selatan pernah menjulang trofi sebanyak 4 kali.

Kehadiran Benjamin dalam Atlas FC mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan setelah dilantik mengemudi pasukan baru-baru ini.

Prestasi Atlas FC sebelum ini difahamkan terumbang- ambing menyebabkan pasukan memilih untuk melantik jurulatih yang berwibawa.

Perlawanan pertama Atlas menentang Mazatian mencatat kemenangan baru buat kelab tersebut menyaksikan menang 2-1 menerusi jaringan gol oleh Quinones dan J.Furch.

Jurulatih berusia 43 tahun itu menunjukkan rasa kagum dengan peningkatan yang dibawa oleh pasukan itu apabila telah mencatat 21 percubaan secara keseluruhan dengan 10 percubaan tepat.

“Saya takkan senang duduk jika pasukan tidak dapat mencapai peningkatan yang saya mahu, kami akan sentiasa inginkan yang terbaik padan dengan cara kami berlatih.”

Atlas kini berada pada tangga ke-6 liga dan bakal berdepan Queretaro minggu hadapan.