Faizal Saari Jadi Bintang Pertama Malaysia Sertai Kelab Belanda

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Penyerang berpengalaman pasukan hoki negara, Faizal Saari kini berjaya mencipta sejarah apabila menjadi pemain skuad kebangsaan pertama terpilih menyertai Liga Premier Belanda.

Menerusi satu kenyataan, atlet berusia 31 tahun ini dilaporkan bakal menyertai  Liga Belanda, Hoofdklasse selepas mencapai persetujuan bersama Kelab Hoki ZSV Schaerweijde. 

Malah, menerusi satu kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak, ini merupakan satu perkembangan positif buat pasukan hoki negara.

Beliau turut mengumumkan perkara itu apabila mengesahkan bahawa  penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT) itu bakal berentap di liga utama Belanda dalam tempoh 10 bulan mengikut kontrak yang ditetapkan kelab berkenaan. 

Prestasi cemerlang bintang sensasi Malaysia berusia 31 tahun ini telah menjadi faktor terbesar jurulatih kecerdasan Tom Drowly, membawanya ke kelab tersebut.

“Pasukan Schaerweijde baru sahaja naik dari divisyen dua ke liga utama Belanda.”

Malah, menerusi satu kenyataan oleh ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj, beliau melihat perkara ini sebagai satu perkembangan yang sangat baik untuk Malaysia.

Beliau berkata, langkah menghantar Faizal ke liga itu sebaga pendedahan kepada skuad kebangsaan selain memperoleh peluang untuk bermain di liga yang berkualiti tinggi.

“Ini adalah permulaan pertama untuk menghantar pemain negara ke liga berkualiti seperti di Belanda.”

“Sekarang pun sudah ada kelab yang sudah bersedia untuk menampung pemain kita di sana seperti dari segi peralatan dan persiapan,” katanya kepada Bernama.

Ini menjadi permulaan yang sangat baik buat pemain lain mengikut jejak langkah beliau ke sana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *