Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Sebanyak RM332 Juta telah diperuntukan oleh kerajaan untuk industri sukan tanah air pada 2023. Perkara itu dimaklumkan YAB Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul dalam pembentangan bajet 2023 pada semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin peruntunkan yang disediakan itu adalah cukup untuk kesinambungan dan pembangunan sukan tahun hadapan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Malaysia (MSN) akan memanfaatkan sebaik mungkin peruntukan RM50 Juta untuk meneruskan program podium.
“Jadi kalau tak silap saya, sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan dalam Program Podium dan ini akan memudahkan Majlis Sukan Negara (MSN) untuk meneruskan program atlet beprestasi tinggi.”
“Kita yakin momentum yang atlet kita ada sekarang ini berada di landasan terbaik,” katanya, pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Sukan Negara 2022 (HSN 2022) kepada Harian Metro.
Beliau dalam pada itu juga optimis kejohanan di Paris 2024 merupakan medan terbaik buat para atlet dalam misi merangkul emas pertama Malaysia di pentas Olimpik.
“Idaman kita iaitu emas pertama Olimpik bakal dicapai di Paris nanti, InsyaAllah.”