Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain sayap lincah pasukan Terengganu FC, Faisal Halim percaya setiap pasukan mempunyai peluang yang sama-rata untuk merangkul Piala Malaysia kali ini.
Menurut penjelasan pemain berusia 23 tahun ini, tiada istilah sama ada pasukan itu kuat atau tidak. Jika sesebuah pasukan itu menampilkan aksi yang baik, maka mereka layak untuk memenangi perlawanan.
Beliau turut menambah, situasi yang dimaksudkannya boleh dilihat ketika pasukannya mengatasi cabaran JDT di Stadium Sultan Ibrahim dengan kemenangan 1-0 sekaligus menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan pasukan Harimau Selatan musim ini.
‘Kami mengalahkan JDT tidak bermakna kami sahaja pasukan yang kuat.’
‘Inilah yang dinamakan bola sepak, denga siapa-siapa kita boleh menang dan dengan siapa-siapa kita boleh tewas.’-Jelas Faisal kepada Astro Arena.
Selain itu, pemain kelahiran Pulau Pinang ini menuntut agar rakan sepasukannya terus memperagakan aksi yang baik dan beraksi dengan penuh disiplin untuk mengharungi kejohanan kali ini dengan positif.
Para pemain Terengganu juga bakal melakukan yang terbaik untuk meraih keputusan yang baik susulan tewas tiga perlawanan berturut-turut sebelum menutup kempen Liga Super dengan terikat 2-2 bersama Penang FC.
Pasukan kendalian Nafuzi Zain itu berdepan tugas sukar apabila diundi bersama Selangor FC, Perak FC dan juga satu lagi pasukan di tangga ketika Liga Premier dalam kumpulan B.
Sugguhpun begitu, Nafuzi tidak mahu anak buahnya memandang rendah setiap cabaran yang dibawa oleh pasukan-pasukan dalam kumpulan tersebut dan fokus untuk memantapkan pasukan.