Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim meluahkan rasa puas hati dalam aksi yang ditampilkan setelah berjaya mengatasi Penang FC dengan keputusan 2-1.
Anak kelahiran Pulau Pinang itu sekali lagi diberi kepercayaan oleh pasukan diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan bagi berdepan lawan.
Pemain yang berusia 25 tahun itu berjaya mencetak satu bantuan gol apabila hantaran yang dilakukan singgah tepat pada kaki Ayron Del Valle yang mydah menolak masuk ke jaringan gol pertama pembukaan.
Faisal mengakui bahawa lebih bersemangat apabila berlawan dengan negeri kelahirannya itu sungguhpun terpaksa berhempas-pulas sebelum mencatat kemenangan.
“Saya gembira dapat bertemu dengan pasukan negeri kelahiran saya, tetapi ini dunia bola sepak, saya tetap berjuang dengan penuh keyakinan dan ikhlas selagi lencana di dada.”
“Saya ikhlas dengan perjuangan saya, saya dibayar untuk bermain dengan Selangor, negeri tetap negeri, tetapi kelab nombor satu.”
Faisal menjelaskan bahawa beliau juga perlu meningkatkan mutu permainan buat pasukannya bagi berjaya mencatat gol kemenangan.
“Saya ada banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi belum ada rekod untuk Selangor FC, Selama Empat perlawanan dengan empat bantuan gol, saya perlu bekerja keras lagi,” jelasnya kepada Astro Arena.
Bekas bintang Terengganu ini berjaya merekodkan 3 mata serta berjaya membawa perubahan baru bagi berdepan JDT di laman sendiri minggu hadapan.