Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Bekas pemain sayap Terengganu, Muhammad Faisal Halim menunjukkan kelas tersendiri bila berdepan media antarabangsa. Kapten Harimau Malaya itu tenang memberi jawapan spontan dalam Bahasa Inggeris bila ditanya tentang prestasi pasukan semasa menentang Kemboja beberapa hari lepas.
Bila ditanya tentang pasukan Harimau Malaya, dia menjelaskan Malaysia merupakan sebuah pasukan yang sentiasa menunjukkan semangat tinggi untuk mencipta kemenangan dalam setiap perlawanan. “Inilah Malaysia, kami berjuang hingga peroleh keputusan yang baik. “Kita tahu dalam bola sepak apapun boleh berlaku, apa yang penting bagi saya, kita berikan segalanya. Keputusan itu perkara kedua,” ujar Faisal lagi.
Dalam perlawanan menentang Kemboja kelmarin, Harimau Malaya tampil garang dengan membenam pasukan pelawat 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Faisal menyumbang dua gol dan satu hantaran gol untuk skuad bimbingan Kim Pan-gon itu.
Malaysia bakal berdepan Maldives dalam satu lagi aksi persahabatan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 14 Disember sebelum mendepani cabaran Piala AFF 2022 enam hari kemudian. Yang pasti, kelibat Faisal bakal ditagih Pan-gon bagi membuktikan skuad Harimau Malaya mampu bersaing dengan siapa saja lawan mereka.