Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Gandingan penerjun handalan negara, Dato’ Pandelela Rinong dan juga Nur Dhabitah Sabri terus menyalakan harapan buat kontinjen negara untuk mencapai sasaran apabila menyumbang satu lagi emas.
Mereka turun dalam misi untuk mempamerkan kemampuan sebenar nyata terlalu unggul dalam acara 10m berirama.
Pandelela dan Dhabitah memulakan aksi dengan agak meyakinkan dengan konsisten untuk mengawal terjunan.
Mereka tidak lagi menoleh ke belakang dan terus melakukan yang terbaik untuk memastikan aksi pada petang ini dapat diterjemahkan kepada pingat.
Selepas melakukan 5 terjunan, mereka akhirnya berjaya untuk mengesahkan kemenangan dan meraih tempat pertama dan acara ini sungguhpun terdapat beberapa kesilapan.
Mereka menamatkan acara ini dengan pungutan mata 292.14 untuk mengesahkan kemenangan bermakna dan memperoleh tempat pertama.
Berikut merupakan rekod terjunan Pandelela & Dhabitah sebentar tadi:
1/5 – 49.20
2/5 – 48.60
3/5 – 65.70
4/5 – 64.32
5/5 – 64.32
Total: 292.14