Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Dua wakil Malaysia difahamkan akan beraksi di Piala Dunia iaitu bekas juara dunia Muhammad Rafiq Ismail dan juara Piala Dunia 2012 Mohd Syafiq Ridhwan Abdul Malek.
Mereka merupakan antara nama besar dalam negara yang akan membawa cabaran negara ke Kejohanan Boling Piala Dunia IBF 2022 .
Kejohanan ini bakal berlangsung di Australia pada tanggal 11 hingga 23 Nov ini.
Perkara ini telah pun dimaklumkan oleh Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) Maradona Chok berkenaan peraturan pertandingan tersebut.
Katanya, kejohanan yang berlangsung di Queensland ini melibatkan penganjuran acara berpasukan yang menawarkan mata ranking untuk pasukan dan juga individu untuk diraih.
“Kejohanan ini berlangsung mengikut format Baker dengan pertembungan satu lawan satu bagi penentuan juara.”
“Format ini akan berlangsung panjang dengan banyak perlawanan perlu diharungi dan berlangsung selama 13 hari,” katanya kepada Bernama.
Maradona merangkap pengurus pasukan kebangsaan yakin atlet negara akan turun dan bermain bersungguh-sungguh untuk meraih kemenangan podium sunggupun tiada sebarang bebanan podium diberikan terhadap mereka.
Skuad negara akan berlepas ke Australia pada 7 Nov ini bagi persediaan sebelum kejohanan.