Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Pemain tenis nombor 1 dunia, Novak Djokovic dilaporkan tidak dibenarkan untuk masuk ke Australia bagi menyertai Terbuka Australia 2022 kerana difahamkan beliau tidak mendapatkan suntikan vaksin terlebih dahulu.
Bintang sensasi dari Serbia itu sudah tiba di Melbourne petang semalam untuk menyertai kejohanan tersebut. Namun begitu, menerusi satu hantaran di media sosial, beliau memaklumkan bahawa dirinya tidak mendapat pelepasan perubatan untuk beraksi di kejohanan itu kerana hadir tanpa bukti menunjukkan beliau sudah sepenuhnya mengambil vaksin Covid-19.
Pelepasan yang diberikan oleh penganjur Terbuka Australia selepas permohonannya dipertimbangkan dua panel perubatan itu mencetuskan kemarahan di kalangan rakyat Australia yang melalui sekatan pergerakan selama dua tahun akibat Covid-19.
Bagaimanapun juara sembilan kali Terbuka Australia itu akhirnya tidak dapat memasuki Australia.
Djokovic dikatakan gagal untuk memberikan bukti yang diperlukan untuk memenuhi syarat kemasukan ke Australia. Bukan itu sahaja, tindakannya membawa padah setelah visanya kemudiannya dibatalkan.
Bagaimanapun tindakan Djokovic itu mencetus kemarahan warga Australia yang terpaksa mengharungi perintah berkurung dan pelbagai halangan sepanjang dua tahun lalu bagi mencegah penularan virus berkenaan.
‘Apa yang saya boleh katakan ialah dia (Djokovic) tidak dapat melampirkan bukti yang sah untuk dibenarkan masuk ke Australia,’-Jelas Morrison dalam satu sidang media di Canberra.