Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.
Kapten pasukan Harimau Malaya, Dion Cools sudah selesa bermain di luar negara dan akan terus kekal beraksi sehingga tahun 2023.
Pemain berusia 27 tahun itu memiliki pengalaman yang begitu luas di pentas bola sepak Eropah serta pernah beraksi bersama beberapa kelab sepanjang perkhidmatannya di sana.
Ketika ini, pemain kelahiran Sarawak itu sedang beraksi bersama kelab di Republik Czech, FK Jablonec.
Namun begitu, berita mengenai masa depan kapten Malaysia ini menimbulkan tanda tanya penyokong apabila ada ura-ura mengatakan bahawa beliau akan beraksi di Liga Malaysia.
Walau bagaimanapun, Bekas bintang Club Brugge ini dilaporkan akan terus kekal bersama kelab Asia pilihan terbarunya sekaligus tidka akan pulang beraksi di Malaysia.
Melalui satu kenyataan kiriman oleh Syafiq Freman, Cools akan beraksi bersama salah sebuah kelab Asia untuk memuktamadkan kontraknya.
Dion Cools difahamkan sudah pun membuat perjanjian antara pihak pemain dan juga kelab, Sekarang hanya menunggu pengumuman rasmi penyertaan pemain harapan Malaysia ke kelab tersebut.