Dinaturalisasikan Sri Pahang, Lee Tuck Bakal Jadi Milik Kedah?

Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram UltraSukan.

Pemain tengah kuat Harimau Malaya, Lee Tuck dikhabarkan bakal menjadi milik pasukan Kedah Darul Aman FC musim depan. Adakah benar?

Selepas mengumumkan perpisahkan bersama pasukan Sri Pahang semalam, arah tujuan pemain naturalisasi kebangsaan itu telah menimbulkan tanda tanya para penyokong

Khabar angin ini dikuatkan lagi apabila wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi melaporkan bahawa pemain yang berusia 35 tahun itu bakal menyertai Sang Kenari bagi musim 2023.

Bintang kelahiran England itu dikatakan mempunyai potensi yang baik bagi mengukuhkan pasukan kendalian Nafuzi Zaim pada musim 2023.

Malah, hubungan baiknya sudah lama wujud kerana beliau pernah bersama Nafuzi Semasa menyertai Terengganu pada tahun 2019 dan 2021.

Pemain kelahiran England itu pada ketika ini sedang menjadi tulang belakang Harimau Malaya dalam mengharungi kempen Piala AFF 2022 selain bakal beraksi cemerlang ketika membantu Harimau Malaya menumbangkan Laos semalam.